Gencatan senjata AS-Iran: Malaysia gesa semua pihak hormati, laksana semua terma

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA menggesa semua pihak menghormati sepenuhnya serta melaksanakan semua terma gencatan senjata yang dipersetujui antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran bagi mengelakkan persengketaan berpanjangan.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, Malaysia mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata tersebut yang merupakan langkah signifikan ke arah meredakan ketegangan.

Menurut kementerian itu, perkembangan tersebut juga memulihkan keamanan dan kestabilan yang amat diperlukan di rantau Asia Barat.

“Semua pihak juga hendaklah mengelakkan daripada sebarang tindakan provokatif atau langkah unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan di rantau tersebut serta menggugat kestabilan ekonomi dan tenaga global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Kementerian Luar yang turut dikenali sebagai Wisma Putra berkata, Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha diplomatik yang membawa kepada perjanjian berkenaan.

Katanya, kejayaan itu membuktikan bahawa diplomasi kekal sebagai satu-satunya jalan yang berdaya maju dalam menyelesaikan konflik berpanjangan serta memastikan keselamatan serantau dalam jangka panjang.

“Semua pihak hendaklah memanfaatkan ruang yang wujud ini untuk meneruskan dialog ke arah penyelesaian yang menyeluruh dan berkekalan.

“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong usaha-usaha keamanan ini serta menyumbang ke arah penyelesaian yang adil dan berkekalan demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan semua rakyat di rantau tersebut,” katanya.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan penangguhan serangan ketenteraan terhadap Iran selama dua minggu.

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik Rumah Putih di platform X pagi tadi, beliau berkata gencatan senjata atau penangguhkan serangan itu tertakluk kepada persetujuan negara itu untuk membuka Selat Hormuz secara sepenuhnya, serta-merta dan selamat.

Beliau berkata, keputusan yang dicapai itu susulan perbincangan dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif termasuk Panglima Tentera negara itu, Asim Munir, yang memohon agar Tindakan ketenteraan ditangguhkan.

Jelasnya lagi, penangguhan itu akan menjadi gencatan senjata dua hala, sekali gus membuka ruang kepada rundingan lanjut antara AS dan Iran.

Menurut Trump, pihaknya turut menerima satu cadangan mengandungi 10 perkara daripada Iran yang beliau percaya boleh menjadi asas pelaksanaan rundingan antara kedua-dua negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This