SEORANG pegawai Jabatan Imigresen (Imigresen) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas tujuh tuduhan menerima suapan RM5,100 sebagai balasan melepaskan warga asing daripada pemeriksaan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Mohd Rahmat Mat Yusoff, 47, yang memakai baju kemeja berwarna biru gelap itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.
Mengikut tujuh pertuduhan, dia sebagai Pegawai Imigresen yang bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia didakwa diberi suapan wang berjumlah RM5,100 secara pemindahan dalam talian daripada akaun bank milik seorang lelaki ke akaun tertuduh.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, tertuduh sebagai Pegawai Imigresen Gred KP22 yang bertugas di Ibu Pejabat Imigresen didakwa diberikan suapan wang berjumlah RM5,100 secara pemindahan dalam talian daripada akaun seorang lelaki.
Suapan itu sebagai dorongan bagi tertuduh membantu melepaskan warga asing daripada pemeriksaan yang dilakukan oleh Imigresen di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 dan tertuduh gagal melaporkan pemberian suapan terbabit kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagaimanapun, bapa kepada tiga anak itu gagal melaporkan pemberian suapan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak polis.
Baca juga: Dakwaan rasuah e-waste: 16 akaun libatkan nilai RM10.2 juta dibekukan
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Putrajaya antara 28 Jun dan 16 Ogos 2024.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.
“Ia termasuk syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran sekali setiap dua bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

