HARGA diesel dan RON95 tanpa subsidi naik 5 sen bagi tempoh 7 Mei hingga 13 Mei ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga diesel meningkat daripada RM5.12 seliter kepada RM5.17 seliter.
Manakala, harga RON95 tanpa subsidi pula meningkat daripada RM3.97 seliter kepada RM4.02 seliter.
Menurut Kementerian Kewangan, harga RON97 pula kekal pada RM4.90 seliter bagi tempoh berkenaan.
“Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemah bagi membantu kestabilan bekalan negara susulan ketidaktentuan pasaran petroleum global yang masih berlarutan.
“Harga petroleum kekal tinggi melebihi AS$100 setong berikutan ketiadaan penyelesaian terhadap konflik di Asia Barat,” jelas Kementerian Kewangan dalam kenyataan.
Kementerian Kewangan menambah, Kerajaan MADANI terus mengekalkan harga produk petroleum bersubsidi secara bersasar bagi membantu memelihara kelangsungan hidup rakyat.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

