Warga emas meninggal dunia selepas aktiviti menyelam di Pulau Tioman

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas melakukan aktiviti menyelam di pantai Kampung Paya, Pulau Tioman, Rompin semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mangsa, Low Choon Foi, 72, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terbaring di tepi pantai kira-kira 7.40 malam oleh rakannya, selepas mereka ke lokasi itu untuk menyelam sekitar 6.30 petang.

“Rakan mangsa kemudian mendapatkan bantuan pihak pengurusan tempat penginapan mereka untuk membawa Low ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek, sebelum beliau disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 9.20 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharif Shai berkata pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah, dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti menyelam supaya memastikan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal berada dalam keadaan baik.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This