Bunyi tangisan kanak-kanak di taska disahkan tiada sebarang unsur penderaan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA sebarang unsur penderaan disahkan susulan rakaman video mendengarkan bunyi tangisan kanak-kanak di sebuah premis dikatakan sebuah taska yang tular di aplikasi Threads, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah memaklumkan, semakan mendapati hantaran asal telah dimuat naik di dalam Threads oleh pemilik akaun usernotminat.

Menurut Sarudin, pihaknya telah menerima laporan daripada pengusaha taska yang membuat penafian tentang kejadian itu.

Beliau berkata, pengusaha taska tersebut mendakwa hantaran itu sebagai fitnah dan cuba untuk menjatuhkan reputasi taska berkenaan tanpa bukti yang jelas.

“Siasatan awal mendapati pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat pemeriksaan ke atas premis tersebut dan pihak polis turut hadir bersama.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati kebersihan premis adalah baik dan nisbah pengasuh dengan anak asuhan adalah mengikut syarat yang ditetapkan.

“Pemeriksaan fizikal mendapati tiada kesan kecederaan pada anak asuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Sarudin berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) taska itu juga tidak menunjukkan sebarang sentuhan fizikal mahu pun penderaan terhadap kanak-kanak secara jelas.

Sehubungan itu, kata beliau, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur pengabaian dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

“Pihak polis juga meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hidayat Aziz di talian 012-5631612,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This