Jenama terlaris 2020, Honda kekal popular di Malaysia

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Buat tahun keenam berturut-turut, Honda Malaysia mengekalkan kedudukan nombor satunya dalam segmen kereta bukan nasional di negara ini dengan menjual 60,469 unit kenderaan pada 2020.

Pencapaian itu dipacu oleh model City yang mencatatkan jualan tertinggi dengan 34 peratus daripada jumlah jualan.

Model kedua paling laris keluaran Honda ialah Civic, diikuti HR-V dengan masing-masing menyumbang 20 peratus dan 17 peratus kepada jumlah jualan.

Honda Malaysia dalam satu kenyataan berkata, model serba baharu City mencatatkan jualan bulanan tertinggi dalam sejarahnya dengan lebih 5,500 unit dijual pada Disember 2020.

Antara Oktober dan Disember 2020, Honda Malaysia menghantar kira-kira 10,800 unit City baharu kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, berkata 2020 mungkin tahun yang mencabar, namun pihaknya mampu mengekalkan kedudukan nombor satu dalam segmen bukan nasional untuk tahun keenam berturut-turut dengan jualan 60,469 unit.

Beliau berkata, model City terus membuktikan kedudukannya sebagai model Segmen B bukan nasional yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia yang menyukai ciri-ciri canggihnya dalam pakej harga yang menarik.

“Bagi pihak Honda Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana menjadikan pencapaian ini sebagai yang penting walaupun pada masa yang mencabar ini,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This