BPN fasa kedua dibayar tak lama lagi

Dari Penulis

PUTRAJAYA – Tarikh pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata proses semakan permohonan baharu dan rayuan juga masih dijalankan.

Katanya, permohonan baharu dan rayuan yang lulus, dijangka disalurkan mulai bulan ini.

“Penunaian fasa pertama BPN 2.0 melalui BSN bagi mereka yang gagal kredit juga masih sedang diteruskan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, bagi Geran Khas PRIHATIN 2.0 (GKP 2.0), proses semakan permohonan baharu dan rayuan sedang dalam proses semak silang antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pihak berkuasa tempatan.

“Keputusan GKP 2.0 akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Program Subsidi Upah (PSU 2.0) di bawah pakej KITA Prihatin menyaksikan sebanyak RM418.67 juta disalurkan kepada 39,203 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 307,420 pekerja setakat 25 Disember 2020.

Katanya, jumlah itu berbanding RM239.73 juta bagi 51,022 majikan dan 420,193 pekerja pada minggu sebelumnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This