Gempar! Pejabat KWSP Miri di lontar bom petrol

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Ketika 2.5 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seluruh negara berterima kasih kepada agensi itu kerana meluluskan permohonan i-Sinar mereka, lain pula apa yang berlaku di pejabat KWSP di Miri apabila digemparkan dengan insiden dibaling bom petrol (molotov cocktail) hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang tadi, kira-kira 30 pelanggan yang sedang beratur di luar bangunan KWSP di Jalan Melayu, Miri itu gempar apabila seorang individu tidak dikenali melempar botol mengandungi bom petrol.

Bom petrol tersebut turut meninggalkan kesan terbakar di pembahagi antara tingkat kedua dan ketiga bangunan berkenaan.

Menurut laporan BH Online, ketika kejadian, beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berada di luar bangunan bagi menjaga keselamatan orang awam yang berurusan dengan KWSP.

Seorang saksi kejadian yang enggan namanya didedahkan berkata, beliau melihat seorang lelaki bertatu meletakkan motosikal beberapa meter dari bangunan KWSP sebelum melontar bom berkenaan ke arah tingkat satu bangunan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan menyatakan pihaknya sedang mengadakan siasatan.

Sementara itu, KWSP dalam satu kenyataan menyatakan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Jabatan Hal Ehwal Korporatnya berkata, KWSP memandang serius insiden itu yang bukan saja satu jenayah, malah membahayakan pengunjung ke cawangan dan juga anggota.

“KWSP ingin menegaskan keganasan bukan jalan penyelesaian bagi apa juga perkara. Tindakan seumpama ini bukan sebahagian daripada nilai dan budaya kita,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSANTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This