KUALA LUMPUR – Bakal suami Sharifah Sakinah iaitu Michael Hansen disahkan positif Covid-19.
Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired memaklumkan berita tersebut menerusi entri yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya.
Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka The Series itu mendoakan agar kekasihnya terus kuat dan segera pulih seperti biasa.
“Begitu banyak rasa cinta untuk lelaki ini. Semoga kamu cepat sembuh @michael_hansen79 selepas diuji dengan Covid-19.
“Moga kamu cepat sihat dan kembali pulih seperti biasa. Terus kuat bertahan dengan makanan sihat kamu,” tulis Sakinah yang turut berkongsi tangkap layar panggilan video bersama Michael.

Difahamkan, Michael kini berada di Sweden selepas pulang untuk menyambut perayaan Krismas bersama keluarga dan anak-anaknya.
Terdahulu, Sakinah,32 membuat pengumuman akan menamatkan zaman janda dengan Michael pada 25 Mei depan.
URTV mendoakan semoga teman lelaki Sakinah segera sembuh!

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

