3,309 kes baru Covid-19, jangkitan tertinggi pernah direkodkan

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 3,309 kes baru.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan jumlah itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 141,533 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 30,390.

“Daripada kes baharu itu, sebanyak 3,303 adalah penularan tempatan manakala enam kes pula ada penularan luar negara. Pesakit COVID-19 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 190 kes dan 83 daripadanya memerlukan alat bantuan penafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak empat kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 559 (0.39 peratus).

Beliau juga memaklumkan, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,469 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 110,583 (78.1 peratus).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This