KUALA LUMPUR – Lima bulan membuat keputusan untuk mengenakan hijab, pelakon cantik manis Hannah Delisha kini telah memadam 800 gambar tidak menutup aurat di akaun laman sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.
Tindakan Hannah atau nama lengkapnya Hannah Adlina Blackburne Birch,25, itu telah mendapat reaksi positif daripada peminatnya yang meluahkan rasa bangga dengan perubahan yang dilakukan.

Malah, penampilan bintang drama Tercipta Satu Ikatan itu juga seringkali menerima pujian dalam kalangan pelayar media sosial kerana Hannah dilihat cukup menjaga pemakaiannya mengikut kesesuaian wanita muslimah.
Difahamkan, sebelum ini Hannah pernah ditegur oleh warga siber untuk memadam gambar-gambarnya yang seksi dan tidak menutup aurat.
Kini, anak kelahiran Singapura itu dilihat kekal istiqomah dalam pemakaian bertudung mengikut syariat Islam yang tidak terlalu singkat dan menutupi dada.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

