22 juta saham FGV kini jadi milik Felda dari pasaran terbuka

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memperoleh 22 juta saham FGV Holdings Bhd di pasaran terbuka dengan harga RM28.38 juta semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) penasihat utama kepada Felda bagi pengambilalihan tawaran saham FGV berkata, saham berkenaan diperoleh dengan harga RM1.29 sesaham.

Lapor Bernama.com, pada 12 Januari, Felda mengeluarkan dokumen berkaitan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat bagi baki saham di FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.

Tawaran RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang 2 Februari, melainkan dilanjutkan atau disemak semula dengan satu pengumuman akan dibuat oleh Maybank IB dua hari sebelum tarikh tutup.

Pada 8 Disember, Felda, yang telahpun mempunyai 21.24 peratus saham dalam FGV, meningkatkan pegangannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus.

Sebanyak 13.88 peratus saham telah diperoleh daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (6.1 peratus) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus).

Saham FGV jatuh 0.01 sen kepada RM1.28 pada tengah hari hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This