BAHAN
100 gm ikan bilis
100 gm petai
100 gm cili kering – kisar
3 labu bawang besar
3 cm belacan
3 sudu besar tempoyak
175 ml air asam jawa
2 sudu kecil gula
Minyak masak untuk menumis
Secubit garam

CARA
1.Kisarkan bawang, cili dan belacan. Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga garing.
2.Masukkan ikan bilis dan petai. Biarkan ia masak seketika di atas api perlahan.
3.Kemudian masukkan tempoyak dan air asam jawa.
4.Bubuh garam dan gula secukup rasa. Apabila sudah pekat, padamkan api dan bolehlah dihidangkan.

Resipi : Illyana Mohd Idrus- Sg.Besar, Selangor