sambal telur masin & terung pipit

Lauk pauk kampung memang sedap apatah lagi dimakan bersama nasi panas.  di tambah pula dengan sedikit ulam-ulaman. Jom cuba resipi sambal telur masin dan terung pipit yang pasti menambat selera.

BAHAN
3 biji telur masin
200 gm terung pipit
10 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa

CARA
1.Kisar cili kering, bawang putih dan bawang besar. Tumis sehingga masak.
2.Pecahkan telur masin. Biarkan seketika sehingga telur masak kemudian masukkan terung pipit dan air asam jawa. Gaul sebati.
3.Perisakan dengan garam secukup rasa jika perlu.

Resipi: Marsita Kamarulzaman

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi