Resipi acar rampai

0
477

BAHAN
1 biji timun – hiris halus memanjang
1 biji lobak merah – hiris halus memanjang
1 biji cili merah hiris – halus memanjang
1 biji cili hijau hiris – halus memanjang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil udang kering
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

BAHAN KISAR
20g cili kering
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia

CARA
1.Tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
2.Masukkan gula, garam dan udang kering.
3.Masukkan timun, lobak merah, cili merah , cili hijau dan cuka. Gaul rata.
4.Sedia untuk dihidangkan.

Resepi: Cef Shamsul Anuar Yusof