Co-opbank Pertama dinobat koperasi terbaik negara

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) dipilih sebagai koperasi terbaik di seluruh negara, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada tahun 1950.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd Nor Abd. Razak berkata, pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berdasarkan kecemerlangan dalam urus tadbir dan peningkatan prestasi yang direkodkan institusi kewangan itu.

Katanya, pengiktirafan itu diumumkan pada Majlis Profil 100 Koperasi Terbaik anjuran SKM, baru-baru ini dan untuk rekod, pencapaian terbaik CBP sebelum ini adalah menduduki tempat ketiga pada tahun 2018.

“Sebagai co-opbank syariah terunggul di Malaysia dan kami akan terus komited bagi menjadikan CBP sebagai suatu jenama korporat yang dikenali dan diterima ramai.

“Pengiktirafan usaha ini penting bagi membuktikan CBP berada pada landasan yang tepat dalam memantapkan efisiensi menerusi urus tadbir yang cekap dan sistematik.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk MEDAC, SKM, Anggota Lembaga, Anggota CBP serta warga kerja CBP di atas kepercayaan serta usaha yang dicurahkan selama ini,” katanya baru-baru ini.

Katanya, transformasi budaya kerja kakitangan CBP turut menjadi faktor penyumbang kepada pencapaian ini.

“Perubahan terhadap budaya kerja yang menitikberatkan semangat kecemerlangan dan semangat bekerja dalam pasukan juga menjadi penyumbang kepada pencapaian ini.

“Konsep ini selaras dengan pegangan gagasan koperasi yang bergerak seramai mungkin secara bersama-sama bagi membolehkan pembaharuan dan kecemerlangan berlaku,” katanya.

Kata Mohd Nor, bagi menghadapi cabaran perniagaan 2021, CBP akan berusaha dengan lebih sistematik bagi memastikan kelestarian prestasi CBP dapat diteruskan.

“Selain itu, CBP juga menumpukan usaha dengan lebih agresif untuk meningkatkan perniagaan produk Ar-Rahnu dengan membuka lebih banyak cawangan bagi menarik lebih ramai pelanggan berpotensi,” katanya.

CBP juga mensasarkan pembukaan lebih daripada 20 cawangan Ar Rahnu bagi tempoh dua tahun sehingga 2022.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This