PEMINAT drama Korea Mr.Queen pasti masih ingat bagaimana aksi Kim Jung Hyun dan Shin Hye Sun dalam episod kesembilan drama tersebut.
Adegan bercium melibatkan kedua-dua pelakon itu dalam episod berkenaan menjadi bualan ramai sehingga dianggap ‘ciuman panas’ memandangkan aksi tersebut cukup lama sehingga barang-barang dalam istana bertaburan.
Jung Hyun membawa watak sebagai Raja Cheolkong manakala Hye Sun sebagai Permaisuri.

Drama tersebut membuktikan gandingan serasi mereka, justeru tidak hairanlah di set penggambaran Jung Hyun memuji ‘Permaisurinya’ itu.
Jung Hyun menyifatkan, Hyun Sun sebagai mood maker yang membuatkan pelakon dan kru penggambaran terhibur manakala Hyun Sun pula menganggap Jung Hyun seorang lelaki yang menyenangkan.
Drama Mr Queen telah meningkatkan lagi populariti Jyun Yun yang sebelum ini cukup dikenali melalui lakonannya drama Crash Landing On You.

Berikut tujuh fakta mengenai pelakon berusia 30 tahun seperti mana dipetik daripada portal berita Detik.com;
*Jung Hyun menceburi dunia lakonan dengan menyertai beberapa teater muzikal. Beliau adalah lulusan Universiti Seni Nasional, Korea.
*Pada 2015 Jung Hyun berlakon dalam filem Overman dan dicalonkan untuk anugerah Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Filem Buil dan Anugerah Seni Filem Chunsa.
*Beliau yang dilahirkan di Busan, pada 5 April 1990 mulai dikenali selepas membintangi dram Korea Don’t Dare To Dream, The Rebel dan drama-drama lain pada tahun 2016.

*Berikutan kualiti lakonan yang hebat dan memuaskan penonton, Jung Hyun meraih penghargaan sebagai Pelakon Baru Terbaik MBC Drama Award 2017.
*Beliau yang telah menyelesaikan kerahan tentera pada usia 21 tahun, kini sedang menumpukan perhatian untuk belajar bahasan Inggeris.
*Jung Hyun pernah berehat seketika daripada dunia lakonan selepas mengalami gangguan makan dan tidur. Crash Landing On You ada drama yang menyaksikan kemunculan semula beliau.
*Dalam kehidupan peribadinya, Jung Hyun tidak pernah dikhabarkan menjalin hubungan dengan mana-mana gadis, walaupun dikatakan pernah memilih kekasih sebelum menjadi pelakon.