Almy Nadia ‘naik angin’ terima mesej langsung netizen buat cabaran ‘artis sombong’

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Almy Nadia ‘naik angin’ selepas menerima mesej langsung yang membuat cabaran berkaitan artis sombong di laman sosial.

Berang dengan Tindakan individu terbabit yang keterlaluan, Almy yang juga isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz membidas sikap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

“Okey, kalau anda di tempat kami, apa anda rasa ya!. Artis ini cari rezeki, ada keluarga dan ada kerja juga adik bukan nak menghadap telefon 365 hari, 24 jam.

“Perlu ke buat cabaran ‘nak tengok artis mana yang sombong adik. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) punya hal, sanggup cari kerja yang tak masuk akal. Maaflah ya,” kata pelakon berusia 37 tahun ini.

Almy turut berkongsi tangkap layar mesej langsung yang dihantar individu terbabit di akaun Instagram Storynya.

Sementara itu, Almy turut menegur adab individu itu yang sengaja ingin mencari kerja yang tidak berfaedah dan mahu cepat terkenal.

“Ini tanda PKP 2.0 mereka taka da kerja tapi cari kerja yang tak berfaedah untuk popular dan nak tular cepat.

“Tak kisah siapa pun, perangai dan adab itu penting,adik. Ingat sampai bila-bila, jangan buat kerja gila nanti akan dibalas dengan kerja gila, faham! Nak terkenal, mari, artis ini bagi terkenal, apa nama awak,” katanya lagi.

Malah, Fizz turut mengulang siar paparan skrin tersebut di Instagram storynya dan mengatakan apa yang dilakukan individu terbabit sebagai tidak masuk akal.

Akaun individu terbabit bagaimanapun sudah tidak boleh diakses lagi.

TONTON VIDEO PILIHAN:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This