KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan memutuskan langkah yang bakal diambil susulan peningkatan kes COVID-19 sepanjang tempoh minggu lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pada masa sama KKM juga sudah bersiap siaga dengan apa sahaja kemungkinan termasuk gelombang baharu COVID-19.
“Kita (KKM) sudah keluarkan kenyataan rasmi semalam yang mengesahkan terdapat peningkatan kes COVID-19 bulan ini.
“Langkah (selanjutnya) akan diputuskan oleh KKM dan untuk makluman umum, kita sentiasa bersiap sedia dengan sebarang peningkatan (kes) dan akan ambil kira pandangan pakar mengenainya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pra Pelancaran Pemberian Imunisasi HPV ‘Catch-up’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1, hari ini.
Baca artikel lain: Ejen insurans mengaku tak bersalah meragut rantai leher
Ditanya persediaan KKM menghadapi gelombang baharu COVID-19 berikutan Singapura baru-baru ini mencatatkan jumlah kes positif dua kali ganda, Lukanisman berkata, tahap kesiapsiagaan KKM adalah tinggi dengan pelbagai pengalaman menangani ancaman wabak itu sejak ia masuk ke negara ini.
“Kita perlu faham virus COVID-19 ini akan terus bersama kita, jadi saya sarankan orang ramai terus berwaspada dengan langkah dan panduan dikeluarkan,” katanya lagi.
Mengenai kemungkinan kes COVID-19 dalam negara melonjak menjelang cuti persekolahan hujung minggu ini, beliau berkata, KKM akan terus memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

