SEBANYAK 1,230 kes Covid-19 dilaporkan pada Minggu Epidemik (ME) 20/2024 (12 Mei hingga 18 Mei), yakni peningkatan sebanyak 14.8 peratus.
Begitupun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tiada kes kematian Covid-19 dilaporkan sejak 25 April sehingga kini.
Susulan kejadian gelombang terbaru di Singapura, KKM memaklumkan telah meningkatkan langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes di Malaysia.
“Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan pada ME 20/2024 berbanding ME 19/2024 iaitu pengisian katil bukan kritikal sedikit meningkat tetapi tidak membebankan kapasiti hospital iaitu daripada 0.08 peratus kepada 0.10 peratus.
“Manakala pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU), menurun daripada 0.17% kepada 0.04%.
“Sehingga kini, varian yang sedang menular di Malaysia mash lagi varian Omicron dan subvariannya,” jelas KKM.
Mengulas lanjut, KKM memaklumkan, terdapat satu kes K.P.2.1 dan satu kes KP.1.1 telah dilaporkan sejak Mac lalu.
Menurut KKM, kedua-dua varian KP.2.1 dan KP.1.1 adalah sebahagian daripada keluarga Omicron.
KKM menjelaskan, secara khususnya, varian tersebut adalah sublineage daripada JN.1.11.1.
Namun, menurut KKM, kemasukan varian berkenaan tidak menyebabkan jangkitan yang teruk kepada individu yang dijangkiti.
“Virus Covid-19 akan terus berada bersama kita dan kita perlu berwaspada menghadapinya.
“Orang ramai dinasihatkan untuk memperkasakan diri bagi menjaga kesihatan masing-masing serta mencegah daripada mendapat jangkitan atau menularkan kepada orang lain susulan perjumpaan dengan orang ramai di tempat tertutup dan sesak,” kata KKM.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

