KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif untuk meneliti gelombang baharu Covid-19.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu dilakukan susulan peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 yang dilaporkan di Singapura.
Dalam perkongsian di aplikasi X, beliau berkata, peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara jiran itu membabitkan dua sub varian baharu Omicron.
“KKM sedang memantau trajektori gelombang baharu peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 yang dilaporkan di Singapura.
“Setakat ini, dilaporkan ia membabitkan kes gabungan sub varian KP.1 dan KP.2 yang menyumbang lebih dua pertiga daripada kes Covid-19 di Singapura,” katanya.
Terdahulu, seorang pengguna X memuatnaik pertanyaan kepada Dr Dzulkefly sama ada Malaysia bersedia untuk berdepan gelombang baharu Covid-19, sebagaimana yang sedang melanda Singapura.
Pengguna terbabit meninggalkan komen dalam satu hantaran infografik menunjukkan peningkatan kes di Singapura bagi tempoh 5 hingga 11 Mei dengan jumlah kes baharu melonjakkepada 25,900.
Jumlah itu mencatatkan peningkatan mendadak berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Sementara itu, di Malaysia, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan pada 12 hingga 18 Mei 2024 ialah 1,230 berbanding 1,071 kes pada minggu sebelumnya dengan peningkatan 14.8 peratus.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

