KUALA LUMPUR – Gara-gara sebuah video yang menunjukkan dirinya didukung kekasih hati, nama pelakon Janna Nick dan Dini Azan Schatzmann menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Tindakan mereka yang berpelukan di dalam aplikasi TikTok telah mengundang rasa kurang senang pengikutnya dan berpendapat aksi tersebut kurang manis untuk dipertontonkan kepada umum.

Malah, warga maya turut melemparkan pendapat jika kelakukan pasangan selebriti itu tidak seharusnya dipamerkan di media sosial lebih-lebih lagi mereka tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Menjengah ke Instagram Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner,26, di ruangan kapsyennya tertera ayat “Sila nikmati kehidupan sebagai orang bujang, okey!,” tulis Janna.

Dalam pada itu, bintang drama Misteri Mona ini turut memuat naik sekeping foto bersama teman lelakinya di Instagram beserta kapsyen yang memberi bayangan seperti ada momen istimewa yang bakal berlaku tidak lama lagi.

“Tidak sabar 2.2.2021,” tulisnya.

Ruangan komen turut dibanjiri dengan spekulasi dan telahan apakah pengacara rancangan Melodi ini akan mengakhiri zaman bujangnya bersama Dini yang merupakan jejaka kacukan Melayu-Switzerland.

Semoga ada berita baik yang akan diumumkan oleh Janna kelak! Sama-samalah kita tunggu dengan penuh sabar.