‘Akurlah perintah Agong, kurangkanlah politiking’ – Tok Pa.

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mustapa Mohamed melalui catatan dalam Facebook beliau meminta rakan-rakan politik sama ada kerajaan mahupun pembangkang supaya kurangkan politiking dan suhu politik.

Beliau juga menasihatkan mereka supaya akur dengan perintah Yang di-Pertuan Agong bagi menyelamat nyawa dan kehidupan semua pihak.

Berikut catatan penuh beliau yang kini sudah 11 hari menjalani rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru;

Hari ini hari kesebelas di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Terima kasih doktor, jururawat dan petugas yang tidak kenal penat lelah demi menjaga kesihatan kami.

Keadaan saya bertambah baik sikit tetapi doktor tidak benarkan pulang lagi kerana rawatan pada paru-paru masih belum selesai. Kandungan oksigen ok, tekanan darah ok, darah keseluruhan ok, makan pun ok walaupun selera belum 100 %.

Covid-19 masih mengancam, hospital dan ICU kita semakin penuh. Jaga diri dan keluarga baik-baik. Rakyat perlu patuh SOP 100%, penguatkuasa jangan berkompromi. Rakyat dan penguatkuasa ambil serius arahan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Nor Hisham Abdullah.

Terima kasih kepada semua sahabat handai, ahli keluarga dan rakyat Malaysia yang menghantar mesej, sampai salam dan berdoa berterusan. Ini semua memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan melawan Covid-19.

Kepada sahabat-sahabat dalam politik, sama ada kerajaan atau pembangkang, kurangkanlah politiking, kurangkanlah suhu politik. Patuh dan akurlah dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menyelamatkan nyawa serta kehidupan kita semua.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This