COVID-19 terus catat rekod kes baharu tertinggi dengan 4,275 kes

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan COVID-19 terus mencatatkan angka membimbangkan apabila hari ni kes positif harian COVID-19 sekali lagi mencecah angka tertinggi yang melebihi 4,000 kes.

IMEJ HIASAN dari https://www.aa.com.tr/

Menurut Kementerian Kesihatan dalam kenyataan di Facebook dan Twitter, penularan baharu virus itu hari ini berjumlah 4,275 kes dengan 11 daripadanya kes import.

Daripada jumlah itu 3,131 adakah kes membabitkan rakyat tempatan, manakala 1,133 kes bukan warga negara.

Rekod tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 16 Januari 2021 dengan jumlah kes harian sebanyak 4,029 dan kedua tertinggi pada 20 Januari dengan 4,008 kes.

Hari ini yang juga hari ke-11 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menyaksikan tujuh lagi kematian dilaporkan.

Perkembangan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang pernah dikesan di negara ini berjumlah 180,455.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang sedang dirawat di seluruh negara ketika pula adalah 42,769 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,421 kes.

“Ini diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 548 kes, Sabah (498 kes), Johor (425 kes) dan Negeri Sembilan (108 kes),” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, menurut Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 260 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 103 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau, dengan tujuh kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 667 kes (0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula 4,313 kes dengan jumlah kes sembuh keseluruhan sebanyak 137,019 kes. – UTUSANTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ahmad Samsuri pula sah hadir ke Konvensyen RESET

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan kehadirannya ke Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This