Lampard dipecat, Tuchel bakal ke Chelsea?

Dari Penulis

LONDON – Bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel disebut-sebut bakal menerajui Chelsea sebagai pengurus yang baru.

Ini selepas Chelsea mengumumkan pemecatan pengurusnya, Frank Lampard sebentar tadi.

Ini susulan prestasi buruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan bekas juara Eropah itu berada di pertengahan liga.

“Ini keputusan yang sangat sukar bagi kelab. Ia kerana saya mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Frank dan saya sangat menghormatinya,” kata pemilik kelab Roman Abramovich.

Chelsea bergelut di tempat kesembilan dalam carta EPL, 11 mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Mereka kalah dalam lima daripada lapan perlawanan terakhir EPL selepas permulaan musim yang baik.

Selain Tuchel, beberapa nama juga juga disenaraikan sebagai kemungkinan pengganti Lampard antaranya bekas pemain kelab itu, Andriy Schevchenko dan Massimiliano Allegri.

PSG baru-baru ini melantik Mauricio Pochetino bagi menggantikan Tuchel.

Tuchel, pengurus kelahiran Jerman itu berjaya membawa kelab Paris itu ke final Liga Juara-Juara UEFA namun tewas kepada Bayern Munich.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This