pemain kaya
Pemain bola sepak yang sememangnya sudah kaya sebelum bergelar bintang sukan tersebut.

BINTANG bola sepak antarabangsa dari seluruh dunia sememangnya cukup sinonim dengan pendapatan yang mampu mencecah jutaan dolar sehingga mampu mengubah kehidupan mereka.

Sungguhpun terdapat beberapa bintang bola sepak terkenal bukannya daripada golongan kaya sebelum bertukar menjadi “si miskin kepada si kaya” seperti mendiang Diego Maradona serta bekas bintang Chelsea, Victor Moses, lapor portal Daily Star.

Namun, kisah sebegitu tidak berlaku di dalam kamus hidup beberapa bintang bola sepak ini kerana mereka sememangnya mereka berasal daripada keluarga yang kaya-raya.

Jadi, ini adalah enam bintang bola sepak yang sudah sememangnya kaya sebelum memulakan kerjaya mereka di dalam sukan tersebut.

1. Frank Lampard

Frank Lampard memulakan kerjayanya besama West Ham pada tahun 2001, dan perjalanannya untuk sukan ini lancar dengan jawatan ayahnya, Frank Sr dan bapa saudara, Harry Redknapp di dalam karier pengurusan.

Lampard dihantar ke Sekolah Brentwood, sebuah sekolah berasrama mewah di Essex, di mana gurunya berkata, beliau sepatutnya layak menjadi seorang akauntan.

Penjaring terbanyak sepanjang masa Chelsea ini telah memenangi beberapa piala di dalam sukan bola termasuk tiga takhta Liga Perdana, empat Piala FA dan Liga Juara-juara pada tahun 2012.

2. Gianluca Vialli

Vialli, seorang lagi lagenda Stamford Bridge, telah membuat 400 penampilan untuk beberapa kelab bola sepak di Itali iaitu Cremonese, Sampdoria dan Juventus sebelum ke London pada tahun 1996.

Vialli merupakan seorang pemain yang sentiasa dikagumi kerana kebolehannya bermain dengan konsisten di barisan hadapan pasukannya, banyak meluangkan masa mempelajari saham ketika zaman kanak-kanak beliau.

Bekas penyerang itu dibesarkan oleh bapa yang merupakan seorang jutawan yang memiliki sebuah istana 60 bilik dikenali sebagai Castello di Belgioioso di utara Itali.

Penyertaan Vialli di dalam kejuaraan golf 2002 Alfred Dunhill Link- salah satu kejohanan yang terkaya di Eropah, 19 tahun lalu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

3. Gerard Pique

Di samping memenangi pelbagai piala bersama kelab yang bertapak di Nou Camp, Barcelona serta pasukan kebangsaan Sepanyol, Gerard Pique menikmati kehidupannya di luar padang bersama isterinya yang merupakan bintang pop, Shakira.

Pemain bernombor 3 Barcelona ini berasal daripada keluarga yang berjaya di dalam bidang perniagaan.

Bapanya, Joan merupakan seorang peguam manakala ibunya, Montserrat merupakan seorang pengarah sebuah hospital kecederaan tulang belakang di Barcelona.

Malah, pemain yang memulakan kerjaya senior di Manchester United ini mempunyai hubungan keluarga dengan Barcelona memandangkan datuknya, Amador Bernabeu merupakan bekas timbalan presiden kelab tersebut.

Pique juga menjalankan bisnes di luar padang dengan melancarkan sebuah syarikat, Kosmos Holdings yang menjana jutaan pound. Lebih menarik, Lionel Messi juga melabur untuk syarikat tersebut. 

4. Mario Balotelli

Balotelli dilahirkan di Polermo, Itali, sebelum beliau diambil sebagai anak angkat oleh pasangan kaya, Francesco and Silvia Balotelli dari Brescia, Itali oleh kerana ibu bapa kandungnya tidak mampu untuk menampung rawatan kepada penyakit yang dihidapi olehnya ketika kecil di samping perlu menampung tiga anak yang lain.

Untuk beberapa tahun pertama, Balotelli berjumpa dengan ibu bapa kandungnya setiap hujung minggu sebelum berhenti dan menerima Silvia dan Francesco sebagai ibu bapanya.

Ketika membesar, Balotelli mempunyai pilihan untuk kembali kepada ibu bapa kandungnya namun, tidak berbuat dan memilih keluarga angkatnya, dengan berkata bahawa beliau benci dengan kenyataan mereka meninggalkan Balotelli ketika masih kecil.

5. Hugo Lloris

Hugo Lloris dibesarkan di sebuah kota yang boleh dikatakan mewah di Nice, Itali bersama ibunya yang merupaka seorang peguam manakala ayahnya seorang pegawai bank.

Lloris pernah bermain di dalam sukan tenis ketika masih kanak-kanak dan telah memperoleh kedudukan yang tinggi di dalam sukan tersebut ketika berusia 13 tahun.

Bolase pak hanyalah satu hobi untuk Lloris untuk bermain bersama kawan-kawannya dan dirinya begitu menyukai posisi penjaga gawang sebelum menyertai akademi bola sepak tempatan sekitar akhir 1990-an.

6. Faiq Bolkiah

Tanpa pemain berdarah keturunan raja yang juga dikenali sebagai pemain bola sepak terkaya dunia ini, pasti senarai bintang bola sepak yang kaya sebelum memulakan kerjaya tidak lengkap.

Anak saudara Sultan Brunei yang berusia 23 tahun ini telah meluangkan masa mudanya di dalam karier bola sepak sebagai pemain akademi Southampton, Arsenal, dan Chelsea sebelum menandatangan untuk bersama pasukan Leicester.

Pemain posisi tengah yang membuat enam penampilan dan satu gol untuk pasukan kebangsaannya bagaimanapun meninggalkan kelab The Foxes tanpa pernah bermain dan kini telah menandatangan untuk bermain bersama sebuah kelab di Portugal, Maritimo di dalam Liga Premieria.

Masa hadapan buat Faiq Bolkiah tetap kelihatan cerah memandangkan harta pusaka yang cukup besar memandangkan bapanya, Jefri Bolkiah yang juga merupakan seorang hartawan minyak merupakan adik kepada Sultan Hassanal Bolkiah.

Baca artikel berkaitan: Sah! Aguero sarung jersi Barcelona

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram