Thaipusam: Jalan di Gombak ditutup hingga awal pagi Jumaat

Dari Penulis

KUALA LUMPUR- Beberapa jalan di daerah Gombak akan ditutup, sempena perarakan sambutan Thaipusam mulai hari ini sehingga awal pagi 29 Jan.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, penutupan jalan ini susulan kebenaran pergerakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membawa Arca Dewa Murugan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee ke Kuil Seri Subramaniam, Batu Caves esok.

“Laluan terbabit adalah susur ke Kuil Batu Caves dari arah Bulatan Batu Caves, susur MRR2 ke Jalan Perusahaan Batu Caves, simpang Jalan Perusahaan ke Bulatan Batu Caves, jalan ke tempat mandian utama, Sungai Batu Caves,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor Bernama.com hari ini.

Katanya, jalan akan dibuka semula pada 29 Januari jam 6 pagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak perlu hadir, kerana upacara sembahyang di kuil sempena Thaipusam kali ini tidak dibenarkan, dan semua pihak juga hendaklah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

Katanya polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar SOP PKP (Thaipusam) yang telah ditetapkan MKN.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This