Selepas restoran, kedai lain juga dibenar buka sampai 10 malam

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan waktu operasi premis perniagaan seperti kedai runcit, serbaneka, keperluan harian dan farmasi dilanjutkan sehingga jam 10 malam, bermula esok.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

Menurut beliau, langkah ini dapat menyeragamkan semua waktu operasi perniagaan yang dibenarkan semasa Pertintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ismail Sabri berkata, keputusan itu juga dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan penilaian risiko terhadap sektor perniagaan berkenaan.

Baca artikel berkaitan: “Ok, kita benar lanjut sampai 10 malam” – Ismail Sabri

PKP atau PKPB: ‘Tunggu keputusan muktamad MKN’

“Sebelum ini kita tahu banyak kekeliruan yang timbul selepas kerajaan memberi kebenaran kepada restoran dan kedai makan untuk beroperasi sehingga jam 10 malam dan menyukarkan penguatkuasaan kerana terdapat perbezaan dari segi waktu.

“Justeru selepas penilaian risiko oleh KKM, maka sektor perniagaan lain yang termasuk dalam senarai dibenarkan beroperasi semasa PKP, boleh beroperasi sehingga jam 10 malam termasuk kedai dobi, kedai cermin mata, kedai pakaian dan lain-lain,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 hari ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu juga dibuat selepas banyak permohonan daripada individu dan pihak yang terbabit dalam sektor berkenaan untuk melanjutkan operasi perniagaan mereka disebabkan faktor ekonomi.

Sementara itu, beliau memaklumkkan sektor perhutanan dan kayuan serta rantaian yang melibatkan pembalakan dan lain-lain beroperasi seperti biasa bermula esok.

Pada masa sama, Ismail Sabri dalam sidang akhbar itu turut menyeru orang ramai agar meningkatkan disiplin diri dalam mematuhi arahan ditetapkan dan tidak menunggu sehingga pihak berkuasa mengambil tindakan.

Mengulas mengenai pematuhan SOP, katanya Polis Diraja Malaysia menahan 494 individu yang menyaksikan sejumlah 464 orang dikompaun, 29 direman dan seorang diikat jamin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem eQuota wajib mulai hari ini, majikan tak perlu lagi ke Putrajaya – Ramanan

SEMUA permohonan kuota pekerja asing kini diwajibkan dibuat secara dalam talian menerusi modul eQuota dalam Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja...

More Articles Like This