Anggota polis kuarantin COVID-19 di rumah meninggal dunia

Dari Penulis

SHAH ALAM – Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia malam tadi, ketika menjalani kuarantin di rumah selepas didapati positif COVID-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asistem Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata anggota polis berusia 53 tahun itu meninggal dunia pada jam 9 malam.

Bagaimanapun sama ada kematian anggota terbabit akibat COVID-19 atau sebab lain belum dapat disahkan, kata Shamsul seperti dilapor Bernama.

“Allahyarham adalah Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) IPD Klang Selatan.

“Saya sahkan beliau sedang menjalani kuarantin akibat positif COVID-19 bermula 23 Januari hingga 1 Februari.

“Bagaimanapun, sama ada kematiannya akibat COVID-19, saya tidak boleh sahkan,” katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, hari ini. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This