Penjawat awam bersolek seperti patung barbie tarik perhatian netizen Indonesia

Dari Penulis

Dia adalah seorang penjawat awam, namun cara gadis ini bersolek untuk ke tempat kerja menarik perhatian netizen di Indonesia.

Ia kerana gadis di Riau ini menampilkan diri bagaikan patung barbie dan videonya yang dimuatnaik dalam akaun TikTok@ Yuni_yasminebutiq tular dalam media sosial.

Video itu memaparkan gadis itu dalam pelbagai gaya dengan memakai seragam penjawat awam. Antara dia bergaya di dalam sebuah kereta.

Portal Riau.suara.com melaporkan, wajah gadis tersebut penuh dengan solekan termasuk kening matanya lentik dan bibir merah membuatnya dia kelihatan cukup cantik.

Bagaimanapun netizen menganggap wanita itu berlebihan, apatah lagi dia cuba menyesuaikan warna tudungnya dengan seragam penjawat awam sehingga hijab itu kelihatan seperti rambut.

Ia belum lagi mengambil kira aksesori emas yang menghiasi tubuhnya. Mulai dari anting-anting, gelang di kedua-dua tangannya dan cincin.

Sebenarnya itu bukanlah video pertama dia bersolek sedemikian, hampir setiap hari dia bergaya begitu dengan tudung bergantian warna.

Video itu sudah ditonton sebanyak 1.4 juta kali dan mendapat pelbagai respons daripada netizen.

“Mba ASN (kakitangan awam negeri) kan? Emang (memang) nggak (tak) telat (lewat) ngantor (ke pejabat) kalau dandannya kayak (cara) gitu? Bisa (boleh) selesain (selesai) kerjaannya dengan baik kan, mba? ” kata @TikhaAzhyla.

“Aku mikir (fikir) ya, fingerprint (daftar masuk kerja) jam 07.15 pagi paling lambat, terus (jadi) bikin (pakai) jilbab sama makeupnya (solekan) jam berapa, bangun jam berapa, serius nanya (tanya),” kata @HartaTahtaChila.

‘’Dah hampir 19 tahun ku kerja, nggak (tak) pernah liat (lihat) teman sekantor (sepejabat) ataupun teman instansi (agensi ) lain modelnya gini,” komen @ImaTembandjobu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Raih jualan lapan angka, OnTheGo sasar tembus pasaran global

BERPAKSIKAN gabungan visi jelas, strategi tepat dan keberanian berinovasi, OnTheGo F&B Industry Sdn. Bhd, berhasil melakar kejayaan luar biasa...

More Articles Like This