Usop cuba untuk ‘Lenyap’ ?

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Selepas meraih gelaran naib juara Big Stage musim ketiga tahun lalu, pengaruh Usop semakin mempesona dan terus menjadi perhatian peminat.

Justeru itu, Usop atau nama penuhnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk melancarkan single terbaharu berjudul Lenyap.

Berbekalkan suara serak basah dan paduan vokal yang padu, Lenyap padat dengan emosi meruntun jiwa yang menjadi ‘makanan’ Usop seperti karya-karyanya yang sebelum ini.

“Lagu ini menceritakan tentang kisah seseorang yang kehilangan cintanya dan berada di dalam dilema, sama ada perlu berserah atau terus memperjuangkannya, dan akhirnya dia sedar bahawa dia tidak mampu merubah apa-apa dan terpaksa redha akan takdir yang menimpa dirinya.

“Lenyap yang lebih kepada genre balada pop merupakan sekuel kepada dua lagu saya yang terdahulu iaitu Aku Yang Bersalah dan Selamanya.

“Agak lama untuk lagu ini disiapkan kerana pada ketika itu saya sedang sibuk dengan pertandingan Big Stage 2020 dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan.

“Lenyap di rakamkan di studio Faizal Tahir ketika PKPB dan pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment yang bertanggungjawab menyusun segala jadual saya dan menyediakan surat kebenaran agar proses rakaman dapat disempurnakan, walaupun penat dengan sesi latihan Big Stage 2020 kami berjaya melakukannya,” katanya.

LENYAP merupakan sekuel kedua Aku Yang Bersalah dan Selamanya

Lenyap merupakan hasil ciptaan Ja’a, Romal, Karim Karam dan Mike Chan, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment bersama-sama Universal Music Malaysia dengan Faithful Music.

Malah, bagi single kali ini, Usop tampak sedikit dewasa dengan imej ‘suave’ yang ditampilkan dan peminat berpeluang menyaksikannya menerusi video muzik Lenyap.

“Jalan cerita video muzik ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang masih belum dapat melupakan walaupun sudah lima tahun kehilangan kekasihnya. Proses penggambaran juga agak mencabar kerana ia dilakukan sewaktu musim hujan.

Lenyap boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video muzik lagu ini boleh ditonton di saluran Youtube Universal Music Malaysia.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ernie Zakri, Zaki Yamani, Lan Solo antara artis bakal serikan pesta 20 tahun MBPJ

KEPADA semua warga Lembah Klang, bersedia untuk berkampung di Petaling Jaya pertengahan Jun ini! Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)...

More Articles Like This