Elisya Sandha selamat bertunang dengan anak Sheila Rusly

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Pelakon Elisya Sandha telah mengikat tali pertunangan dengan anak sulung kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, hari ini.

Menerusi perkongsian sekeping gambar di Instagram, Sheila dilihat sedang memeluk seorang wanita yang berpakaian rona putih di atas pelamin.

Meksipun tidak berkongsi wajah wanita itu, namun rata-rata warga maya sudah dapat meneka disebalik sosok tubuh itu adalah Elisya.

Kesahihan tekaan itu disahkan lagi apabila, suami Sheila, Azman Yahya atau Jinggo telah memuat naik video pertunangan anak lelakinya itu di Instagramnya.

Menerusi video tersebut, jelas terlihat Elisya yang menangis duduk diapit oleh Sheila dan ibunya, Hatijah Teh Man.

Sementara kelibat Uzair yang menyarung persalinan rona sedondon dengan Elisya, hanya dapat dilihat dari belakang.

“Teman dia macam mana papa teman mama,” tulisnya.

PERKONGSIAN Sheila Rusly dan Jinggo di Instagram

Dalam pada itu, tinjauan menerusi Instagram Story Elisya pula, dia berkongsi gambar cincin di jari manisnya dan menzahirkan penghargaan kepada semua yang mendoakan.

“Terima kasih atas doa kalian. Syukur alhamdulillah,” tulis Elisya.

Terdahulu, Elisya yang merupakan adik kepada aktres Fasha Sandha itu pernah dikaitkan bercinta dengan Uzair, namun dia menafikan khabar angin tersebut sebaliknya mengakui mereka hanya teman baik sahaja.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Elak ‘hanyut’ di media sosial, Nadiya Nisaa mengaku tiada masa layan Threads

DI saat ramai selebriti berlumba-lumba mengejar algoritma dan mengumpul pengikut di pelbagai aplikasi media sosial, pelakon Nadya Nisaa sebaliknya...

More Articles Like This