Fitnah : Polis panggil Tommy Thomas susulan laporan Hanafiah

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil bekas peguam negara Tommy Thomas, susulan laporan dibuat oleh seorang bekas pegawai kanan undang-undang, berhubung dakwaan kontroversi dalam memoir “My Story: Justice in the Wilderness”.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Fadzil Ahmat, berkata kertas siasatan dibuka selepas polis menerima satu laporan daripada bekas pegawai penyelidik kanan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Mohamad Hanafiah Zakaria semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan fitnah.

“Kita akan panggil secepat mungkin untuk rakam percakapan beliau,” katanya kepada media seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today (FMT).

Hanafiah dalam laporannya berkata, Thomas harus disiasat mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan fitnah, kerana mencemar reputasi pegawai Jabatan Peguam Negara dan imej badan itu, selepas Thomas merujuk kepadanya dalam memoir yang dilancarkan pada Isnin.

BACA JUGA:Buku Tommy Thomas : Bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara buat laporan polis

Hanafiah yang berkhidmat selama 33 tahun dalam perkhidmatan kehakiman dan undang-undang berkata tuduhan Thomas “yang saya tidak mampu mendakwa dalam kes berprofil tinggi seperti SRC bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya”.

Pada mulanya, Hanafiah mengetuai pasukan pendakwaan ketika Najib didakwa melakukan rasuah berkaitan dana SRC International, tetapi Thomas kemudian melantik peguam kanan Sulaiman Abdullah dan V Sithambaram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This