Sampai hati ahli keluarga sendiri tinggalkan warga emas di surau..

Dari Penulis

SUBANG JAYA – Seorang warga emas ditinggalkan di surau selepas terpedaya dengan ajakan ahli keluarga yang mengajaknya keluar rumah menuju ke pusat ibadat tersebut dengan alasan untuk solat berjemaah.

Menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS), kakitangan agensi itu segera ke surau tersebut untuk membantu individu tersebut selepas dimaklumkan seorang warga emas tidur di salah sebuah surau di Klang, Selangor.

Melalui hantaran di Facebook miliknya, LZS menyatakan kakitangannya ke surau itu bagi membantu kerana Selangor adalah negeri tertinggi kes COVID-19 dan amat berbahaya sekiranya golongan berisiko tinggi tidur di tempat-tempat awam.

LEMBAGA Zakat Selangor menanggung kos penjagaan dan rawatan seorang warga emas yang ditempatkan di Rufaidah Home Care Services di Dengkil selepas menemui individu itu ditinggalkan di sebuah surau.

“Pilu hati kami ketika dia berkongsi cerita bagaimana dia telah ditinggalkan di sebuah surau. Warga emas itu tidak mempunyai zuriat kerana belum berumahtangga.

“Sebelum ini, dia dijaga oleh anak saudaranya. Namun sejak kesihatannya yang semakin merosot, ditambah pula dengan suasana yang tidak menentu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ahli keluarga yang menjaganya telah meninggalkannya di salah sebuah surau,” kata LZS.

Menurut agensi itu, pada peringkat awal warga emas itu tidak menjangkakan dia akan diperlakukan sedemikian kerana rupa-rupanya pujukan ahli keluarga mengajak ke surau untuk berjemaah adalah merupakan rancangan untuk meninggalkannya.

“Pakaian juga telah siap diletakkan di dalam beg untuk bekalan dan ketika kami sampai, dia mengadu yang kakinya sakit akibat jangkitan kuman, perutnya lapar dan berada dalam keletihan,” katanya.

Kata kenyataan itu, warga emas itu kemudiannya bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan Rufaidah Home Care Services di Dengkil. dan LZS akan menanggung kos penjagaan dan kos rawatannya. – UtuasnTV

Warga emas ditempatkan di Rufaidah Home Care Services, Dengkil selepas ditemui ditinggalkan di sebuah surau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This