ATM rampas syabu RM16 juta dalam guni ‘teh Guanyinwang’ di Kelantan

Dari Penulis

PASIR MAS — Walaupun negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi para penyeludup tidak pernah berhenti melakukan kerja-kerja jenayah mereka apabila anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya merampas dadah bernilai RM16.08 juta semalam.

Dalam kejadian 10 pagi semalam itu, pasukan rondaan daripada Batalion Keempat Rejimen di sini berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 402 kilogram (kg) di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang di sini.

Panglima 8 Briged Brig Jen Zamsari Abu Hassan berkata dadah berkenaan berada dalam 10 guni hitam berlabel teh jenama ‘Guanyinwang’ yang ditinggalkan dua individu mencurigakan di tebing Sungai Golok, kira-kira 10 pagi.

“Bagaimanapun, kedua-dua individu itu terus melarikan diri ke sebelah Thailand dengan menggunakan bot selepas menyedari kehadiran pasukan rondaan di tebing sungai berkenaan dan identiti mereka juga tidak dapat dikenal pasti.

“Kesemua barangan rampasan ini akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini, malam tadi.

Menurut Zamsari, barangan rampasan itu dipercayai diseludup dari Thailand dan ia adalah rampasan terbesar dilakukan menerusi Op Benteng Zon Utara (Kawasan Op Merpati) Markas 8 Briged Kelantan, setakat ini.

Katanya, kejayaan rampasan itu memberi impak signifikan terhadap kejayaan keseluruhan Op Benteng dalam memperkukuhkan sempadan negara ketika pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.

“Ia juga adalah selari dengan hasrat Panglima Tentera Darat (PTD) melalui Perintah Ulung PTD dalam menentukan sesuatu operasi itu dilaksanakan dengan baik dan efektif,” katanya.

Beliau turut menyeru penduduk setempat serta semua agensi berkaitan agar terus berkongsi maklumat dan berganding bahu untuk mencegah sebarang bentuk jenayah rentas sempadan. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This