‘Pinang’ isteri kali kedua, cubaan Shuk Sahar untuk memujuk

Dari Penulis

SEMALAM pelawak Shuk Sahar telah membuat kejutan menghantar rombongan ‘meminang’ isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah sebagai satu cara untuk kembali bersama.

Kejutan tersebut dilakukan menerusi Instagram Live ketika isterinya itu sedang bersiaran langsung melancarkan produk terbaharunya, Puteh Wow.

Shuk yang lengkap berpakaian baju pengantin bersama rombongannya membawa barangan hantaran itu dikatakan dalam usaha untuk memujuk kembali isterinya.

Memetik laporan di portal Gempak, Shuk menolak gimik yang dilakukan itu sebagai strategi pemasaran bagi melariskan produk keluaran isterinya.

Menurut Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar,34, dia turut membidas tuduhan netizen yang mengatakan kontroversi curang yang berlaku baru-baru ini sekadar gimik murahan dirinya bersama isteri.

Ujar anak kelahiran Pulau Pinang itu lagi, dia tidak menghiraukan semua tohmahan yang dilemparkan kepada dirinya dan apa yang pasti dia kini masih lagi digantung tugas sebagai penyampai radio Hot FM

Di ruangan komen, ramai yang memberi komen positif agar pasangan ini kembali aman dan harmoni.

Walau bagaimanapun, ada juga warganet yang mempertikaikan penjarakan sosial mengikut panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tidak diamalkan dalam video berkenaan.

Artikel berkaitan: Shuk ‘kantoi’ buat hal lagi! Isteri dedah kecurangan suami buat kali kedua


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This