Baharin terajui TNB, 36 tahun berkhidmat dari jurutera kepada CEO

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Datuk Ir. Baharin Din dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang baharu, berkuat kuasa 1 Mac ini.

Pelantikan Baharin dibuat Lembaga Pengarah TNB hari ini bagi menggantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang dilantik menjadi CEO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa tarikh yang sama.

Amir Hamzah memegang jawatan Presiden dan CEO TNB sejak April 2019.

Amir Hamzah Azizan dilantik CEO KWSP berkuat kuasa bulan depan

Baharin, 57, pada masa ini merupakan Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian yang bertanggungjawab menerajui segmen perniagaan terbesar syarikat itu.

Beliau berkhidmat bersama TNB sejak 36 tahun lalu bermula pada tahun 1985 sebagai pembantu jurutera (pembinaan).

Bahrin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrikal daripada Syracuse University, New York dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Bond University di Sydney.

Dalam pada itu, Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengucapkan tahniah kepada Baharin atas pelantikannya.

“Saya yakin beliau akan terus memacu TNB ke arah mencapai aspirasi strategik untuk menjadi pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

“Meskipun berdepan dengan cabaran disebabkan pandemik COVID-19 dan PKP, TNB kekal beroperasi dengan stabil dan mencatatkan prestasi kewangan yang membanggakan dengan pulangan yang baik kepada pemegang sahamnya,” katanya.

Sementara itu, semakan di media sosial mendapati pelantikan Baharin dialu-alukan ramai warga TNB.

Ini kerana pelantikan Baharin merupakan keyakinan kerajaan kepada staf TNB sendiri untuk menerajui organisasi strategik tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This