Resipi serunding kelapa

0
340

Sedapnya serunding kelapa ini. Sesuai dimakan dengan nasi impit, resipinya sangat mudah dan semestinya lazat. Tidak mengguna banyak bahan pun. Berbaloi cuba.

BAHAN
1 biji kelapa – parut
3 sudu besar gula merah
Garam

BAHAN KISAR
50 gm cili kisar
100 gm udang kering
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai – hiris
1 sudu besar biji ketumbar
½ sudu kecil jintan manis

CARA
1.Panaskan kuali, masukkan kelapa parut dalam kuali.
2.Kemudian masukkan bahan kisar, garam dan gula merah.
3.Kacau perlahan-lahan sehingga kekuningan, kering dan berderai.
4.Hidangkan bersama nasi impit.

Resepi: Mazenah Baba

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi