gulai lemak ketam

Bagi penggemar ketam, resipi gulai lemak ketam bersama nanas ini anda kena cuba. Pasti puas hati.

BAHAN
3 ekor ketam – belah dua
1/4 biji nanas – buang kulit dan potong
2 batang serai – titik
1 helai daun kunyit
1 kg santan
Air secukupnya
1 keping asam gelugur

BAHAN KISAR
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi
1 cm kunyit hidup
4 biji buah keras

CARA
1.Ketam dibersihkan lalu dibelah dua. Ketepikan.
2.Masukkan bahan kisar di dalam periuk dan kacau rata seketika.
3.Masukkan serai dan ketam, kacau rata.
4.Kemudian, masukkan santan, daun kunyit dan asam gelugur. Reneh di atas api yang kecil.
5.Masukkan garam dan sebatikan rasa.

Resipi: Rohana Abu Samah

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi