8TV kini disiarkan secara HD di MYTV

Dari Penulis

Kegembiraan berganda buat semua penonton setia 8TV yang berbangsa Cina pada tahun ini. 8TV kini akan bersiar secara Definisi Tinggi (HD-High Definition) di myFreeview, MYTV Broadcasting Sdn Bhd mulai 12 Februari 2021.

Kini penonton dapat menikmati pelbagai program menarik 8TV, terutamanya program khas Tahun Baru Cina (CNY) dengan pengalaman yang lebih menyeronokkan.

 Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh, perkara tersebut dibuat selari dengan industri penyiaran yang semakin berkembang.

“Keutamaan kami adalah kepada penonton setia kami, terutamanya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini. Kami telah menyusun pelbagai kandungan terbaik dan berusaha memberi lebih dari jangkaan mereka.

“Pada tahun ini, dengan situasi PKP dimana semua disarankan untuk duduk di rumah, penonton setia kami dapat menikmati program-program Tahun Baharu Cina dengan siaran yang lebih jelas, terang dan kualiti audio yang lebih baik,” kata Khairul dalam satu kenyataan media.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, 8TV menawarkan pelbagai program-program terbitan tempatan seperi  

Antara program-program sempena Tahun Baharu Cina terbitan tempatan adalah seperti mini-series ‘Hello! My Little Fortune’ dan telefilem Tahun Baharu Cina, Bonus Vacation.

Selain itu terdapat juga program hiburan, Family Singing Show CNY Special 2021, A New Journey CNY Special 2021, Ho Chak! CNY 2021, Fortune 2021, Durian, Kaya, Teh Tarik CNY Special 2021 serta program antarabangsa dari China, Taiwan, serta Hong Kong.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Mama takut kecewakan kakak lagi…,” – Demi impian Tiara nak adik, isteri Achey cekal tempuh rawatan IVF

DI sebalik tawa dan jenaka yang sering menghiburkan jutaan peminat, pelawak popular Achey memendam hasrat dan tekad yang besar...

More Articles Like This