203 individu ditahan rentas daerah/negeri tanpa kebenaran – Ismail Sabri

Dari Penulis

SERAMAI 203 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran semalam, menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata antara kesalahan lain turut direkodkan termasuk tiada penjarakan fizikal membabitkan 167 individu, tidak memakai pelitup muka (117), keluar rumah tanpa alasan munasabah (84), gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan (57) dan 22 ditahan atas kesalahan membawa penumpang berlebihan.

“Semalam, seramai 759 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 715 dikompaun dan 44 individu direman,” katanya dalam kenyataan perkembangan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

BERITA BERKAITANMasih degil! 122 ditahan rentas daerah/negeri tanpa kebenaran

Pada masa sama, beliau berkata 36 pendatang tanpa izin ditahan dalam Op Benteng di seluruh negara, manakala empat kenderaan darat disita.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan 6,118 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam dengan dua daripadanya didapati positif COVID-19.

Katanya secara kumulatif, setakat ini Kementerian Sumber Manusia memaklumkan seramai 368,185 pekerja warga asing menjalani ujian saringan dengan 7,198 daripadanya disahkan positif COVID-19. – UtusanTV

Dapatkan berita terkini di FacebookTwitter dan Instagram UtusanTV.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This