Pengarah agensi kerajaan ditahan cabul kakitangan di pejabat

Dari Penulis

“HARAPKAN pegar, pegar makan padi.” – Mungkin itu perumpamaan yang tepat apabila seorang pengarah di agensi kerajaan di Selangor ditahan kerana didakwa mencabul kakitangannya sendiri dalam kejadian di Pelabuhan Klang Selatan, Klang, Selasa lalu.

Menurut sumber, lelaki berusia 35 tahun tersebut ditahan polis pagi tadi untuk membantu siasatan kes terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, ketika dihubungi BH Online mengesahkan mengenai tangkapan suspek yang kini sedang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

BERITA BERKAITAN Kejam! Selepas bunuh, pekebun sayur rogol mayat mangsa

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 2 pagi pada Selasa lalu, selepas mangsa berusia 29 tahun menyelesaikan urusan kerja rasmi di pejabat.

Ketika mencabul kehormatan mangsa, suspek dilaporkan mengancam termasuk menampar wanita terbabit apabila enggan mengikut kehendaknya.

Suspek turut mengancam mengambil tindakan disiplin terhadap mangsa jika mendedahkan perlakuannya itu.

Namun, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pandamaran selepas kejadian itu. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This