Nak kejar geran IMF, lelaki kena tipu sampai RM3.8 juta!!

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga emas kerugian lebih RM3.8 juta selepas ditipu ‘kenalan’ Facebook yang menawarkan geran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial ACP Mohd Salleh Abdullah berkata mangsa berusia 74 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki yang dikenali dengan nama ‘Freddie Khoo’ menerusi Facebook pada Julai tahun lalu sebelum meneruskan perkenalan tersebut melalui aplikasi WhatsApps menggunakan nombor +14697370743.

Mohd Salleh berkata suspek menawarkan Geran Bantuan IMF sebanyak AS$150,000 (RM605,000) dan meminta mangsa membuat pembayaran pendahuluan terlebih dahulu sebelum berjaya mendapat geran bantuan itu.

“Mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan telah membuat pembayaran kali pertama berjumlah RM12,800 dan selepas itu, suspek telah menaikkan tawaran bantuan geran kepada AS$900,000 (RM3.632 juta) supaya mangsa membuat pembayaran yang lebih untuk mendapatkan geran tersebut.

“Sepanjang Julai hingga Disember tahun lalu, mangsa telah membuat 64 transaksi ke dalam 10 akaun bank tempatan berjumlah RM3,811,300 dan suspek kemudiannya memberitahu mangsa bahawa geran bantuan yang ditawarkan telah ditamatkan dan mangsa perlu membuat permohonan baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BERITA BERKAITAN Sindiket ‘Macau Scam’ menyamar pegawai polis, suri rumah kerugian RM2.08 juta

Beliau berkata mangsa yang berasakan dirinya telah ditipu membuat laporan polis di Balai Polis Tampoi semalam.

Kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan. – UtusanTV

Ikuti pelbagai berita dan artikel terkini di FacebookTwitter dan Instragram UtusanTV.com.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This