Ayda Jebat Nabil Mahir

PENYANYI dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan ada menerima mesej daripada seorang wanita yang mengajaknya untuk bermadu.

Menurut individu itu lagi, dia memaklumkan, Nabil mempunyai ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini namun masih belum berjumpa yang bersesuaian.

“Nak jadi madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari lelaki macam ini lah tapi, tak jumpa-jumpa lagi,” tulisnya.

Wanita itu meninggalkan mesej langsung di Instagram story penyanyi lagu Parah-Parah.

Tidak mudah melenting dengan mesej yang diterima, Ayda membalas komen tersebut dengan sopan dan mendoakan wanita berkenaan bertemu jodoh yang baik.

“Salam, hahaha! Awak ini comel la. Jadi madu tak bolehlah… saya cubit awak ‘kang’.

“Nakal eh. Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. Insya-Allah. Istikharah! Good Luck sis!,” balasnya.

Ayda Jebat screenshot
Tangkap layar yang dikongsikan Ayda di Instagram story