Pemimpin Malaysia-Saudi bertemu Mac bincang kuota, SOP haji

Dari Penulis

KERAJAAN Malaysia dan Arab Saudi akan mengadakan pertemuan pada Mac ini bagi membincangkan mengenai kuota haji dan umrah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji bagi jemaah Malaysia juga akan dikemas kini dari masa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi.

Semalam media melaporkan, Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian, berkata kerajaan Penjaga Dua Masjid Suci itu dijangka menerima kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan mengenai isu haji dan umrah.

Dr. Zulkifli berkata, SOP haji/umrah perlu diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi untuk diteliti dan mendapat pengesahan bagi mengelakkan jemaah haji Malaysia dihalang daripada mengerjakan haji pada tahun ini.

BERITA BERKAITAN Peluang menunai umrah/haji tahun ini cerah, kerajaan Malaysia-Saudi bincang kuota

“Setakat ini Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MoTAC) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sudah selesai menyediakan SOP ibadah haji Malaysia,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada kakitangan sokongan bawah agensinya anjuran Persatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ; Datuk Akbar Samon dan Pengarah JabatanAgamaIslam WilayahPersekutuan(JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Sebanyak RM41,000 disediakan kepada 200 penerima golongan B40 bawah agensinya.

Katanya, setiap penerima mendapat sumbangan RM100 secara ‘one-off’ dan sumbangan barangan makanan berjumlah RM100 daripada JAWI Foodbank.

Ikuti pelbagai berita dan artikel terkini di Facebook, Twitter dan Instragram UtusanTV.com


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This