Resipi telur itik gulai lemak pucuk ubi

Dari Penulis

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi telur itik gulai lemak pucuk ubi oleh Datuk Cef Ismail ini. Resipi yang sangat sedap, mudah dan berbaloi cuba.

BAHAN
5 biji telur itik
30gm cili padi
5cm kunyit hidup
200ml santan
100ml air
1 keping asam gelugur
350gm pucuk ubi
Garam secukup rasa

CARA
1.Kisar cili padi bersama sedikit air hingga menjadi pes.
2.Satukan bahan kisar bersama asam gelugur, santan dan air. Panaskan sehingga mendidih.
3.Kecilkan api dan renehkan selama lima minit. Pecahkan telur satu persatu secara perlahan.
4.Kacau perlahan dan masukkan pucuk ubi. Biarkan mendidih.

*selain pucuk ubi, boleh digantikan dengan bacang muda, mangga muda, terung telunjuk atau mengikut cita rasa sendiri.

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This