Polis rujuk kes Annuar Musa langgar SOP ke pejabat peguam negara

Dari Penulis

POLIS belum mengambil tindakan mengenakan kompaun RM1,000 ke atas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana siasatan kes itu belum lengkap dan perlu dirujuk kepada pejabat peguam negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin berkata walaupun percakapan Annuar telah dirakam selama dua jam semalam tetapi beberapa percakapan individu lain masih perlu diambil bagi mendapatkan fakta dan bukti kukuh.

Baru-baru ini, tular sekeping gambar menteri berkenaan berada di meja makan bersama penganjur dan beberapa individu yang lain ketika menghadiri satu majlis di Cheras, Kuala Lumpur yang didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BERITA BERKAITAN Annuar Musa lega selepas dua jam jumpa polis

“Lebih kurang dua jam keterangannya (Annuar) diambil. Siasatan dibuat bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar SOP.

“Jadi, kalau tanya sama ada dia (Annuar) sudah disaman RM1,000 atau tidak, itu belum lagi.

“Hal ini kerana, apabila kertas siasatan sudah dibuka, kami kena dapatkan segala fakta-fakta atau bukti yang ada. Kita akan rujuk kepada pihak peguam negara untuk arahan selanjutnya,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri satu majlis meraikan bekas pegawai polis yang bersara di Kuala Lumpur, pada Rabu (17 Feb).

Dalam catatan di Facebook, Annuar berkata beliau hanya “duduk sebentar” dan beredar selepas menyedari pihak penganjur tidak mengikut SOP dan penganjur program juga sudah memohon maaf atas kejadian berkenaan. – UtusanTV

Ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This