
SEBANYAK 2,998 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat tengah hari tadi dengan 22 kematian dilaporkan, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Daripada jumlah itu terdapat sebanyak 2,991 kes kes tempatan dengan 1,578 adalah warganegara dan 1,413 bukan warganegara, manakala kes import adalah tujuh kes (tiga warganegara dan empat bukan warganegara).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes pesakit COVID-19 di Malaysia yang meninggal dunia akibat dijangkiti virus tersebut telah melebihi paras 1,000 dengan memasuki empat angka hari ini.
“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua puluh dua (22) kes kematian COVID-19 pada hari ini,” katanya.
Jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,005 kes (0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lapan kes di Selangor, empat kes di Sabah, tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua kes di Sarawak dan Perak, serta satu kes di Negeri Sembilan, Kedah, dan Johor.
“Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” kata Dr Noor Hisham pada kenyataan media hari ini.
Sementara itu jumlah mereka yang sembuh setakat tengah hari tadi adalah seramai 5,709 orang, dengan jumlah kumulatif kes sembuh 229,762 kes (84.4 peratus), manakala kes aktif adalah 41,396 kes.

Sementara itu, KKM memaklumkan terdapat 231 kes pesakit sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapai (ICU) .
Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan 1,382 kes, diikuti oleh Johor (436 kes), Negeri Sembilan (233 kes) dan Kuala Lumpur (226 kes).
Ia kemudian diikuti oleh Sarawak (200), Perak (99), Sabah (94), Pulau Pinang (92), Terengganu (91), Kelantan (72), Kedah (36), Melaka (20), Pahang (14), Putrajaya (2), Labuan (1) dan Perlis (0).
BERITA BERKAITAN COVID-19: Kes baharu 2,720, kes sembuh tertinggi

SEKILAS terkini COVID-19
Jumlah kes sembuh baru: 5,709 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 229,762 kes (84.4%)
Jumlah kes baharu COVID-19: 2,998 kes
Jumlah kumulatif: 272,163 kes
Jumlah kes aktif: 41,396 kes
Kes tempatan: 2,991 kes (1,578 WN i.e. 52.8%, 1,413 BWN i.e. 47.2%)
Kes import: 7 kes (3WN, 4 BWN)
Jumlah kematian baru: 22 kes (21 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 1,005 kes (0.37 %)
Jumlah kes di ICU: 231 kes
Pesakit COVID-19 Intubated: 115 kes
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram.
— BERITA PENUH MENYUSUL

