443 ditahan ingkar SOP termasuk kesalahan berjudi

Dari Penulis

Seramai 443 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam dengan penjarakan fizikal dan tidak merkodkan butiran pelanggan terus mencatatkan kes tertinggi.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 404 individu dikenakan kompaun manakala 39 lagi direman.

“Antara kesalahan dilakukan ialah tiada penjarakan fizikal (136); gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (84); melakukan rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (68) dan tidak memakai pelitup muka (64).

“Turut diambil tindakan premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (29); keluar rumah tanpa alasan munasabah (20); aktiviti perjudian (19); membawa penumpang berlebihan (15); ingkar arahan kuarantin (2) dan enam bagi lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 73,266 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Seramai 3,603 Pasukan Pematuhan membabitkan 16,571 anggota membuat pemantauan di 6,409 restoran; pasar raya (4,643); bank (4,229); penjaja (2,379); pasar awam/tani (2,149); kilang (1,784) dan 863 di pejabat kerajaan.

“Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,547); tempat riadah (1,741); terminal pengangkutan darat (1,268); terminal pengangkutan air (276) dan 110 terminal pengangkutan udara,” ujarnya.

Sementara itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 18 taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang ketika ini akan ditamatkan esok.

Ismail Sabri berkata, kawasan berkenaan menjalani PKPD bermula 9 Februari dan dijadualkan berakhir 22 Februari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This