Ribut salji di AS: Rakyat Malaysia dalam keadaan baik – Kedutaan

Dari Penulis

RAKYAT Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta mematuhi garis panduan keselamatan dan amaran mengenai keadaan berbahaya dan licin yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan susulan kejadian ribut salji di beberapa kawasan di negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Malaysia di AS, ia menasihati rakyat Malaysia di kawasan terjejas agar mengambil langkah berjaga-jaga serta merancang aktiviti lebih awal berdasarkan garis panduan keselamatan tersebut yang berbeza mengikut kawasan.

“Setakat ini kedutaan tidak menerima sebarang permohonan bantuan daripada rakyat Malaysia susulan cuaca buruk di beberapa kawasan di AS.

“Kami juga tidak menerima laporan mengenai rakyat Malaysia terperangkap atau hilang disebabkan keadaan tersebut setakat ini,” demikian menurut kenyataan itu yang dihantar kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Menurut kedutaan, berdasarkan maklumat yang diperoleh, rakyat Malaysia di AS mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing.

BERITA BERKAITAN Angkara salji, 3 jiran maut dalam insiden tembak

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kejadian ribut salji yang telah menjejaskan kawasan dari tengah selatan ke pantai timur AS, termasuk Texas, Arkansas, Louisiana, Mississippi, North Carolina, Virginia dan Virginia Barat termasuk District of Columbia.

Cuaca sejuk melampau telah menyebabkan suhu jatuh ke bawah paras beku di beberapa negeri.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan daripada pihak konsular boleh menghubungi talian berikut: Kedutaan Malaysia Bahagian Konsular: + 1-202-375-4396 (pegawai bertugas) atau e-mel: [email protected] / [email protected] .my; Education Malaysia: + 1-202-572-9715 atau e-mel: [email protected].

JPA: + 1-202-572-9729 / 9723 atau e-mel: [email protected]; MARA: + 1-202-450-4201 / 4091 atau e-mel: [email protected].

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This